PERKAMA dengan kerjasama Pelajar Bac. Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Tahun 2) Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Bengkel Kebangsaan Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling yang akan diadakan pada 23-24 Mac 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak seketariat bengkel berbesar hati menjemput kepada tuan/puan yang mempunyai kertas kerja/alat pengujian dan penilaian untuk dibentangkan dalam bengkel yang akan diadakan. Pihak seketariat membuka ruang kepada 12 ALAT PENGUKURAN DAN PENILAIAN untuk dikendalikan dalam bengkel tersebut. Kepada tuan/puan yang berminat, sila emailkan abstrak kepada pihak kami dengan kadar segera. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi bengkel ini:

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 10 Mac 2011
Pengumunan abstrak diterima: 12 Mac 2011
Pengumunan sesi pembentangan: 16 Mac 2011
Tarikh bengkel: 24-25 Mac 2011

Yuran penyertaan:
Ahli PERKAMA: RM 200
Bukan Ahli PERKAMA: RM 250
Ahli Pelajar: RM 100
Pelajar Bukan Ahli: RM 150

Maklumat lanjut berkaitan bengkel, boleh berhubung dengan Saffuan Abdullah ditalian 014-3382689/ 017-2806803 atau email di perkama1982@gmail.com.